Jul 17, 2015

Beraya di OZ

SELAMAT HARI RAYA

Alhamdulillah makwan tahun ini nampaknya Allah tempatkan di bumi OZ sambut raya. Tak pernah terbayang pun sebelum ni akan beraya jauh di rantau orang. Rindu hati makwan pada anak bujang makwan di Malaysia. Tabahkan hati anakku... Mama kat sini selalu mendoakan...

Makwan ramai2 konvoi dua keta pegi solat raya di masjid dekat2 Sherpeton. Meriah la kat masjid sebab bertembung dengan ramai rakan2 pekerja ladang orang Mesia. Beramai2 kami bergambar bersama merai'kan suasana Aidil Fitri di perantauan.
Kemudian kami singgah jalan2 di Sherpatton Chinese Garden tak jauh dari situ. Berehat2 sambil berposing kat situ dulu sebelum ke bandar Sherpaton untuk makan2 di KFC bagi merai'kan hariraya.








Singgah pulak di masjid berhampiran di tengah bandar untuk solat Zohor.





Ramadhan di Rochester

AsSalam.
Sedihnya... Ramadhan tinggal seminggu saja lagi. Ramadhan dah nak pergi. Makwan lalui Ramadhan di Rochester dalam musim winter. Sejuk tahap pakai baju berlapis2 tiap hari. Pengalamn yang tak pernah dirasai sebelum ini. Tapi alhamdulillah makwan syukur pada Allah...berpuasa dalam keadaan musim sejuk tidak menjadi masalah pon. Alhamdulillah, makwan walaupon kadang rasa miss melalui Ramadhan di rumah sendiri namun tetap redho Allah dah tempatkan kat sini. Tiap hari, rutin makwan... bangun bersahur jam 5pagi, lepas sahur berjemaah Subuh ngan pakdin serta anak2. Pukul 7 gerak ke tempat kerja. Balik kerja sekitar jam 3.30 - 4.00petang. Masuk dapur, letak nasik dan masak lauk lebihkurang. Alhamdulillah lepas berbuka puasa, solat berjemaah maghrib...rehat2 jap pastu terus brsiap2 untuk pergi berjemaah Isyak dan terawih di rumah rakan ladang. Alhamdulillah.

Jul 11, 2015

Selamat Tinggal Wood Wood , Selamat Tinggal Swanhill

AsSalam.
Ouhh lamanya makwan tak update blog. Rindu sebenarnya nak tulis2, sambung citer2 pasal pengalaman makwan yang masih kat bumi OZ ni. Tapi tu lah... di bulan Ramadhan ni, makwan balik keje terus bekejar masuk dapo untuk sediakan juadah berbuka.

Alhamdulillah, makwan kat sini sebenarnya bukan takat ngan pakdin je dah..hehe.. Kami dah selamat disertai oleh anak2sekali. Tapi dua orang je datang join, yang sorang lagi terpaksa attach ngan urusan universiti.

Mak wan hari tu berenti citer takat Wood Wood kan.. Okeh ni makwan nak sambung citer apa yang berlaku selepas tu.

Makwan sebenarnya hepi duduk ww tapi walaupun hepi rasa tak dapat terus duduk sana. Sebab apa? Sebab tak boleh buat duit. Makwan pergi kerja seawal jam 7.30 pagi, berjalan balik ke cabin bihkurang jam 4.45. Solat dua waktu buat kat tengah2 farm.
Sampai cabin pon dah pukul 5. Sehari suntuk keja tapi makwan dan pakdin perhatikan hasilnya agak kurang memuaskan... Amboih.. haha..pakai bahasa baku.(:(:

Pendapatan sangat kurang berbanding masa kitaorang dapat sebelum ni. Tu yang lepas congak2 pro n kontra..kami ambik keputusan pindah lagi.Nak tau pindah ke mana? Haha...tempat mana lagi kalau bukan Rochester. Makwan sebenarnya pon memang suka duk Roche. Jadi bila dapat peluang balik sana, suka laa...haha

So...Selamat tinggal wood wood, selamat tinggal Swanhill. Kenangan indah duduk sana akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Pemandangan real ladang ada di sana. Duduk dalam suasana ladang..pegi keja balik keja berjalan kaki tiap hari. Kitaorang ok jeh jalan kaki tu , takde masalah. Sebab utama pindah atas faktor income tak seberapa.

...to be continued

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh...