Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Ujian Tanda Allah Sayang

AsSalam. Pagi2 lagi pak din share kata2 yang menjadi penawar di hati mak wan.." Kalau manusia sayang kita dia beri perhatian, kalau Allah sayang kita, Dia beri ujian" Mak wan dah tak keje selama 14hari. Festaim selama duk oz ni, terpaksa bercuti macam ni punya lama. Kalau kat Rochee hari tu, paling lama pun cuti 4 hari pastu kerja dalam dua tiga hari pastu cuti lagi dalam 3 hari. On and off la cuti. Tapi kat Lake Boga ni, cuti one whole stretch 2minggu...huhu Malam tadi Sobri yang kol kami dari melben pon agak terkejut bila dengar yang kami masih tak keje2 sejak datang sini. "abih, sewa macam mana?", tanya Sobri. "hah, macam tu lah, sewa motel kena bayar cam biasa...", jawab pak din. Mak wan mohon pada Allah agar dipermudahkan urusan kami, dilindungi dari perkara yang tidak baik. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kami melainkan dengan pertolongan Allah...aamiinn لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّه...

Motel Yang Penuh Misteri

AsSalam. Mak wan rasa cam ada misteri sikit motel tempat mak wan duduk sekarang ni. Bila pk2 balik ish agak menakutkan la sikit duk sini. Bukan apa, tempat dah la terpencil tengah2 lake boga ni, jauh dalam 200m jugak la dari kawasan caravan park dan kawasan rumah orang. Di waktu siang masih ok lagi la keadaannya tapi bila tiba malam hari...ish memang gelap gelita. Weyy...rasa macam sedang duk dalam citer hantu yang ada kat tv tu pulak...ish ish Owner motel pulak agak bermasalah orangnya. Dari hari pertama kami sampai lagi dah mula cari masalah. Walau kita dah bayar sewa, masih duk ulang2 ketuk pintu bilik nak brief itu ini. Dan dia asyik cari pasal. Duk citer pasal masalah je dan bagi dia semua orang lain macam salah je semua, dia je yang baik dan betul....adoii...pening kitaorang, dah la kerja belom2 start lagi. Walaupun kerja belum jalan, sewa motel tetap kena bayar. Ni ditambah lagi dengan dia yang duk bagi stress pada kami tiap hari. Mak wan sampai mengeluh, "kenapa la te...

Kami di LAKE BOGA, SWANHILL

AsSalam. Alhamdulillah mak wan dan pak din sekarang dah pindah ke Swanhill. Kami kat sini tak duduk caravan tapi duk motel. Motel terletak betul-betul depan tasik yang bernama Lake Boga. Alhamdulillah mak wan hepi sebab tiap pagi dapat lihat pemandangan tasik yang indah terus dari tingkap cermin bilik mak wan. Sesuatu yang berbeza kali ini. Kalau sebelum ini kami tinggal berhampiran pekan kat Rochester namun kali ini berdekatan tasik. Ada pro n kontra...biasa lah.. Mak wan kena ejas la sikit hobi mak wan. Kalau dulu kat rochester boleh kata hari-hari kami keluar jalan-jalan, kat Lake Boga ni dah tak boleh dah. Abih2 klua jalan pon kat lake je laa....huuu Kat Lake Boga ni nak jumpa kedai nak kena naik kereta. Ambil masa dalam 15minit perjalanan dengan kereta baru sampai Swanhill yang kat sana ada pasaraya Coles, WoolWorth, Aldi, kedai Asian dll. Berbeza kan dengan Rochester yang mak wan duduk sebelum ni. Tapi takpelah, mak wan redho jeh mana Allah letak. Pasti ada hikmah...

Jalan-jalan di Echuca

AsSalam. Mak wan time cuti banyak hari aritu ambik peluang pi Echuca. Jalan-jalan lagi kami. Baru dua hari sebelum tu pegi Bendigo....haha.. Takpe la kurang2 tak lah boring sangat mak wan dan pak din. Kalau tak tu asyik2 pegi librari je. Tak pun gi IGA iaitu satu2nya supermarket yang ada kat Rochester. Mak wan juga celah2 sama pegi Salvation Army dan juga Senior Citizen Opportunity shop. Naik segan dah mak wan dekat makcik2 yang jaga kedai tuh....haha...asyik2 kami je yang muncul...hihi... Tapi deorang okay je nampak. Dah jadi member dah pun mak wan ngan deorang.. :) Amboihh panjang pulak intro. Padahal nak citer pasal gi jalan-jalan di Echuca je. Okeh, camni.... Mak wan dan pak din pagi2 lagi bersiap nak ke stesen. Stesen bas dan stesen keatapi kat sini duk satu tempat. Senang, boleh naik mana2 je dengan harga tiket yang sama. Tapi kena ikut jadual dia lah. Jadi pagi tu kami naik bas jam 9.40 menuju destinasi -----> Echuca.