Skip to main content

Motel Yang Penuh Misteri

AsSalam.
Mak wan rasa cam ada misteri sikit motel tempat mak wan duduk sekarang ni. Bila pk2 balik ish agak menakutkan la sikit duk sini. Bukan apa, tempat dah la terpencil tengah2 lake boga ni, jauh dalam 200m jugak la dari kawasan caravan park dan kawasan rumah orang. Di waktu siang masih ok lagi la keadaannya tapi bila tiba malam hari...ish memang gelap gelita. Weyy...rasa macam sedang duk dalam citer hantu yang ada kat tv tu pulak...ish ish

Owner motel pulak agak bermasalah orangnya. Dari hari pertama kami sampai lagi dah mula cari masalah. Walau kita dah bayar sewa, masih duk ulang2 ketuk pintu bilik nak brief itu ini. Dan dia asyik cari pasal. Duk citer pasal masalah je dan bagi dia semua orang lain macam salah je semua, dia je yang baik dan betul....adoii...pening kitaorang, dah la kerja belom2 start lagi. Walaupun kerja belum jalan, sewa motel tetap kena bayar. Ni ditambah lagi dengan dia yang duk bagi stress pada kami tiap hari. Mak wan sampai mengeluh, "kenapa la tercampak duk kat motel ni.."

Mak wan dan pak din dah tak sedap hati. Kami rasa ada sesuatu yang tak kena dengan motel ni, dengan owner dia sekali. Tapi bila mengenangkan payah dengan barang2 yang banyak, takkan kami nak pindah lagi... Jadi pak din sejukkan hati mak wan suh sabar...terai tengok dalam seminggu ni camana. Kalau kerja untuk kami suami isteri berjalan lancar, kami stay je lah kat motel ni. Pejam mata je lah dengan karenah owner nya. Lagi pun kalau pegi pagi balik petang takde lah kami nak kena duk mengadap karenah dia sepanjang hari. Balik keje masuk bilik...dah...duk diam-diam dalam bilik je.

Sekarang ni pun setelah lebih 10hari kat sini, owner tu dah macam tak brapa nak ganggu kami sangat dah. Sebab tiap kali dia bla bla bla sebelum ni, mak wan dan pak din melawan balik takde la nak duk diam je dengar. Mak wan siap warning dia, "i dont want to hear u talk bad things about people anymore. If i heard, u watch out!" Mak wan bengang betul. Pak din pun melawan balik dengan intelligent discussion. Tak ikut rentak dia yang kurang stabil tu. Ouh bagi kami, lelaki itu beri gambaran kurang baik sebagai warga Oz...

Jadi sekarang, kami dah tak layan dia bercakap. Pintu bilik bertutup sepanjang waktu. Jadi dia tak berani nak panggil tak tentu pasal.

Apa2 pun..mak wan dan pak din cuba memandang ujian ini dalam skop yang lebih besar. Kami bersyukur dengan nikmat Allah yang maha luas yang memberi banyak hikmah dalam perjalanan kami di oz ini. Jadi bila terserempak dengan dugaan yang semacam ini, maka lebih afdal lah ia kami anggap kecil saja sebab nikmat bahagia yang Allah beri lebih luas... Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu