Skip to main content

Buat Pruning di Wood Wood, Swanhill

AsSalam.
Rasa dah agak lama kan makwan tak update blog. kalau tak,  blogging ni cam dah jadi sebahagian dari rutin makwan. sampaikan pakdin selalu usik makwan kata makwan ni blogger sepenuh masa...hihihi

Makwan malas nak update tu, ada sebabnya. Makwan dan pakdin sejak pindah dari Rochee bukan setakat pindah sekali tapi dua tiga kali. Jadi ingat tunggu setel2 down dulu baru nak blogging. Hari tu lepas Rochee, macam yang makwan ada citer sebelum ni makwan hijrah ke Lake Boga (yang makwan rasa cam duk dalam mimpi ngeri tu). Memang la bersyukur sangat dapat tengok view yang indah kat sana dengan pemandangan tasik yang amat memukau, dapat tengok swan dan itik lagi berenang2 kat tasik, dapat perhatikan burung2 yang duk dalam kumpulan yang extra ramai dan yang paling nikmat sekali dapat makan ikan fresh yang Wan dan Ariq tangkap tiap hari. Alhamdulillah deorang tu minat memancing dan makwan rasa teruja bila dapat tau Emkay kata pancing yang ramai2 pakat guna tu rupanya pancing yang anak mak wan tinggal dulu. Alhamdulillah dapat pahala anakku InshaaAllah...

Ouhh...panjang pulak ulas pasal Lake Boga... hahaha... tapi benar, lake boga walau pun makwan rasa dukacita dengan gelagat owner motel yang makwan duduk tu namun makwan tetap menghargai keberadaan makwan kat sana. Kami sempat take a walk jalan2 agak jauh, ada la dalam 1km lebih kot exlore persisiran tasik dan little town of Lake Boga. Makwan dapat sampai ke pekan dia yang hanya ada satu tu je commercial blog. Satu deret bangunan yang terdiri dari pos ofis, farmasi, general store dan small motel. kita orang sukahati jalan2 camtu jadi bagai tak terasa jauhnya berjalan kaki tu...huhu

Okeh... lepas abis episod Lake Boga kami meneruskan kehidupan di oz dengan berpindah pula ke Wood Wood. Sesuai dengan namanya ww ini memang duk agak terpencil. Jauh dari kedai. Pekan yang paling hampir dengan ww ialah Nyah. Perjalanan dengan kereta untuk ke Swanhill bandar terdekat pula ambil masa dalam 1/2 jam gitu. Kat ww, makwan duduk caravan park tak duduk farm house yang tuan punya ladang sediakan. Farmer siap2 buat rumah ala2 motel gitu tapi makwan dan pakdin pilih untuk duduk dalam cabin di caravan park.
Ini lah tempat tinggal makwan di ww

Alhamdulillah semua baik2 saja di ww. Kat sana makwan buat pruning pokok nutrin. Farm sangat besar, kabarnya 800hektar jumlahnya. Pergi balik farm berjalan kaki. Kalau kena time dapat blok yang jauh, kami pagi2 berjalan ke farm house kemudian tumpang 'kereta angkut' farmer untuk sampai ke blok.

Pergi farm pagi... balik dari farm, petang. Begitu lah tiap hari, tiada lain selain itu. Rutin itu dah berlangsung selama 5minggu... Suhu di pagi hari sangat sejuk, kadang negatif...tapi yang biasanya 2degree. Makwan pakai baju sampai empat lapis. Suhu sangat sejuk sampaikan masa berjalan pagi2 boleh nampak embun kat rumput dah jadi ais. Bak kata Navy (orang Fiji) pada kami baru2 ini, 'winter has started last night'....

Pruning oh pruning.... tak tau bagaimana sudahnya nanti. Kerja pruning ni senang tapi nak siapkan satu2 row tu yang bukan mudah. Pagi2 nak pegang cutter dan lopper tu..alahai sejukkkk....

Rakan2 makwan dan pakdin di ww termasuklah steve  dan isteri(owner caravan park tempat kami tinggal), sam, cindy, mr lee, rakan2 Fiji, rakan2 vietnam, din, dasil, nasfar, jamal, jimal, wan, iwan, wawa, faiz, shahril, azmi, pali serta kawan pali(tak ingat nama)

Comments

  1. Assalam mak wan... saya dan seorang rakan saya bercadang hendak ke Australia dalam pertengahan bulan ogos nnt... mak wan leh x tolong kami untuk dapatkn keje?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu