Skip to main content

Masak Kek Segera di Oz

Assalamualaikum

Makwan kalau kat Malaysia, selalu buat kek. Jadi bila pegi Oz, rasa macam nak makan kek la pulak bila lama tak makan tu. Jadi masa duk melilau cari barang dapur kat IGA, lama duk perhati tepung kek yang dah mix. Belakang kotak tu ada cerita apa bahan2 yang terkandung...so bila dah konfem halal, makwan tengok pula info lain. Alhamdulillah punya la teruja makwan sebab rupanya boleh masak kek pakai microwave je. Makwan pon apalagi, cuba la beli dulu satu tepung mix tu yang perisa vanilla, nak tengok macamana. Kalau menjadi kek nya InshaaAllah dah set dalam kepala akan beli lagi lain2 perisa yang ada tu.. heheh

Bila balik cabin, begitu bersemangat sekali makwan nak buat kek. Makwan bancuh telor pakai garfu je pon. Pastu campur minyak vege dan susu/air. Alhamdulillah bila ikut instruction di kotak suruh tekan masa 6 - 7 minit dengan suhu P10(kepanasan maksimum), maka terhasil lah kek Vanilla yang sangat lembut dan sedap. Semua...pakdin dan anak2 pakat sukahati... Bila makwan bawak kek pegi moreh makan ramai2 lepas terawih, semua pakat teruja. Kalut2 semua lepas tu pakat pegi beli tepung mix kat IGA dan  try buat sama...he he... Seronok betul kami dapat merasa buat dan makan kek kat Oz.

Alhamdulillah, banyak perisa kek segera tu yang makwan dah cuba buat selain vanilla termasuk lah butter, oren dan coklat.  Anak makwan siap buat untuk balas bekas Berry(supervisor kami  kat ladang).








Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu