"Waaa...g bendigo lagi? Untong laa...haha......", tu wasap yang makwan terima dari anak di mesia bila dapat tau kami ke bendigo lagi hari tu.
Anak makwan tu walau pernah duk Rochester, namun sekali pon tak pernah sampai di Bendigo. Ish ish...berbeza ngan makwan, duk Roche 11minggu sempat 5kali gi sana. Rasa best pulak ronda2 kat Bendigo...haha
Banyak jugak la tempat2 menarik yang sempat kami lawati. Art galery contohnya penuh dengan gambar2 dan objek seni yang simbolik. Pakdin yang minat seni nampak agak teruja la dengan pelbagai lukisan yang terpapar di dinding galeri tu. Begitu juga dengan anak makwan yang ambik Art tu, apatah lagi...lagi2 lah teruja.
Bangunan dan rumah2 di Bendigo kebanyakannya dah berusia dan terserlah kretiviti zaman silam.
No comments:
Post a Comment