Skip to main content

Suka Duka di bumi OZ

AsSalam.


Dah hampir 6bulan makwan duk OZ. Banyak gak la peristiwa suka duka yang dah kami lalui sepanjang lebih lima bulan duk sini. Berada dalam lingkungan orang2 asing di bumi asing sesungguhnya unpredictable.. tak dapat jangka. Langit bukan selalu cerah la kiranya ..haha... sesekali tu mendung datang menjengah. Tapi makwan cuba untuk positif, terai terima semua perkara sebagai pengalaman hidup seorang musafir. Takpe lah...sikit sebanyak sakit tu mesti ada..ya tak... Semua2 tu alhamdulillah lagi dapat memberi lebih kefahaman buat makwan dalam mengenal watak manusia.

Pakdin sering beri kata2 semangat...suh sabar.  Tapi tu lah, makwan ni masalahnya lekas benar rasa orang tu baik orang ni baik..sudahnya bila kantoi watak sebenar..daa makwan rasa sedih, rasa macam tak percaya boleh jadi camtu.. _-_-_  Walau apa pon, tak kesah la kan....makwan baru kenal je pon ..datang oz ni baru jumpa dan kenal. Jadi rasa sedih dan terkilan tu harap2nya tak lama.

Ingat lagi dulu kawan makwan pernah cerita, elok sering2 baca Surah al-Inshirah bila ada timbul perkara yang tak menyenangkan. Meh sama2 kita perhati Firman Allah dalam ayat 5 dan 6 Surah al-Inshirah....InshaaAllah dapat melapangkan... Aamiin


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? {94:1}
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ 
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - {94:2}
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ 
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? {94:3}
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ 
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? {94:4}
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, {94:5}
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. {94:6}
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), {94:7}
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ 
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). {94:8}

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب 

Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu