Skip to main content

Buah Limau Mandarin kat Robinvale OZ

AsSalam
Bila dekat raya Cina ni memang merata2 la nampak ada buah limau. Pak din suka sangat makan buah limau. Jadi asal beli limau je beli sekotak terus. Semalam masa singgah nsk, mak wan ingat nak  beli la sekotak sebab kat rumah dah banyak hari takde limau tapi tak jadi beli kat nsk tu sebab harga sekotak sampai rm15.90. Pernah nampak yang lagi mahal mak ai sampai rm29.90 sekotak kat tesco..  Kami takde la nak beli yang mahal2 tu... Amoi tu promote dalam nada bergurau kata, bandingan rega limau yang mahal dengan yang murah tu ibarat cam rumah kondominium dengan rumah flat la... ish ish.. macam tu pulak ya.. he he

Takpe lah.. mak wan pilih beli yang murah je.. he he.. Beli kat tesco yang harga rm11.80 jeh.. sedap gak, boleh tahan la manis jugak le.. boleh la pak din wat makan time rehat2 depan tv.

Sebut pasal limau nih, jom kita tengok anak2 muda yang rajin dan kuat semangat duk kutip buah limau ni kat ladang Robinvale OZ... bertong2 buah limau mandarin ni depan mata.. aduss kalau dapat dekat pak din ni, ish puas la makan limau. Deorang yang keje tu mak wan dengar citer, boleh jeh nak makan buah2 tu, memang dah siap2 dapat green light dari tuan punya ladang atau kontraktor. Syukur lah kalu dapat kebenaran gitu.. maka inshaaAllah rezeki yang dapat hasil keje tu alhamdulillah barokah... aaminn


Comments

  1. Asmlkm Mak Wan.

    Agak terharu membaca posting ini kerana Pak Din memang suka makan buah limau mandarin terutamanya yang manis dan ulasnya terserlah. Alhamdulillah dgn izin Allah Pak Din & Mak Wan mungkin dapat mengalami pengalaman mengutip buah limau mandarin ini tidak lama lagi di ladang2 Robinvale.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu