Skip to main content

Persediaan Untuk Berangkat

AsSalam.
Mak wan dah start packing dah sikit2. Baju bawak tak banyak pun. Kiranya basuh pakai basuh pakai la. Bawak satu beg besar jeh kongsi. Pastu masing2 bawak back-pack sorang satu. Tambah la satu lagi, handbag mak wan...he he.. Barang2 makan insya'Allah nanti dekat2 hari berlepas baru beli seperti maggi 2 paket @10, biskut, serunding etc.

Pasport dah buat dua bulan lepas. Visa pun alhamdulillah dah clear. Tunggu tarikh pelepasan je lagi. Mintak pada Allah agar dipermudahkan urusan..aamiin

Petang ni mak wan dan pak din surfing internet cari tempat2 yang nak dituju nanti. Senang sekarang cari location kat google map je, semua nampak depan mata. Siap ada gambar lagi semua tempat2 tu.

Mak wan tadi cuba search sekali pasal Asian Store. Kot2 ada kat Melbourne down town tu. Alhamdulillah ada pun supermarket, dekat2 area Little Collin Street kira dekat la dengan stesen Southern Cross. Insha'Allah boleh lah nanti siap2 beli sikit2 barang keperluan sebelum gerak ke farm.

Kat Asian Store tu mak wan difahamkan ada jual barang2 makan buatan Malaysia, contoh kicap cap kipas udang, maggi kari, rempah cap Babas, kunyit debu dll. Alhamdulillah. Nanti kalau betul jumpa, mak wan nanti update cerita insya'Allah.

Sekian dulu wassalam.






Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu