Feb 19, 2015

Quality Time bersama keluarga

Assalam.
Hari ini penat betul mak wan dan anak mak wan meronda-ronda kat Alpha Angle. Sementara tunggu pak din settle2 beberapa perkara kat kL, elok la mak wan duk kat shopping mall jeh. Tengah sale last kopack raya China, jadi harga barang2 alhamdulillah banyak le yang runtuh...he he..suka mak wan cuci2 mata...

Mak wan tadi ambik peluang cari dua tiga barang dalam list yang belum beli. Bila semak checklist, masih ada lagi yang nak kena cari. Tarikh berlepas nya dah makin dekat. Kang nanti tangguh punya tangguh, takut nanti ada yang tertinggal.

Pak din tadi datang ambik jam 5.30petang. Kami sekeluarga singgah rehat jap kat Taman Layang2 Kepong.. Seronok menikmati masa berkualiti bersama keluarga di tepian tasik. Nak berangkat pergi nya InshaaAllah dah tak lama mana dah.. Sayu jugak hati mak wan memikirkannya..
Moga dirahmati Allah, aamiin..
Suasana damai petang hari
Taman Layang2 Kepong


No comments:

Post a Comment

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh...