Mar 31, 2015

Rakan Sekerja Petik Tomato

AsSalam.
Penat2 pun, ada juga bab seronoknya keje petik buah ni...he he.. Bila dah bergaul ramai2 ni, dapat la kenal2 dengan rakan2 sekerja yang bukan saja dari Malaysia tapi juga dari lain2 negara termasuk la Taiwan, Thailand dan juga Korea.

Yang sama dari Malaysia, boleh tahan la ramainya. Ada yang rakan sebaya tapi yang ramainya terdiri dari anak2 muda. Bagus nih, sume semangat nak earn money.
..hi hi

Dengar ceritanya ramai dari mereka yang plan nak overstay. Nak duduk sini 1 - 2 tahun. Yang plan nak duduk sampai sebelum tamat tempoh visa hanya beberapa kerat je. Mereka ini termasuk la en zul, shimie dan uti...he he.. Okeh sayonara kalu gitu.

Rakan2 time tomato ni ialah jack, roy, raymond, vincent, suki, alian, jason, louis, lobo, en zul, safuan, zulfadli, zulhilmi, zeti, fatin, rafiq, zubir, ariq, anep, uti, shimie, seyla, faizal dan dua lagi budak Sabah(tak ingat nama). Rakan dari grup lain antaranya ialah Sobri, shamini, mamud dan hasyi.

Wassalam.


Mar 30, 2015

Suasana di Ladang Tomato

BUCKET! BUCKET!!!
Itu lah perkataan yang hari2 mak wan dengar kat farm. Laungan Bucket... Bucket di ulang siaran berkali2 sepanjang kami sedang bekerja...duk offer bucket pada sapa2 yang tak cukup bucket nak isi tomato... he he..

Jack yang bertugas sebagai supervisor kami, seorang anak muda Taiwan yang baik hati.
Mak wan perasan jack ni selalu bersikap perihatin terhadap mak wan. Mungkin dia kesian mengenangkan umur mak wan yang macam gini masih sanggup nak buat kerja berat cam buruh gitu...hu hu

Teringat masa nak switch to another row, jack sambil menunjukkan row baru untuk mak wan sambung buat telah berkata, "errr.. let me bring your bucket...' katanya sambil mengambil bucket yang dah berisi separuh buah tomato dari tangan mak wan. Jack menghantar mak wan dari depan to the end row, tempat mak wan kena start sambung. Sikit punya jauh jack tolong hantar bukan sekadar suruh je mak wan pergi sendiri. Hati keibuan mak wan agak tersentuh dengan sikap jack yang baik hati...

Alhamdulillah TQ Allah yang memberi mak wan berada dalam linkungan beberapa individu yang baik meskipun berada dalam suasana pekerjaan yang agak perit tiap hari.

Kerja mak wan petik tomato tu sesungguhnya amat memenatkan ditambah dengan tension terhadap gangguan lalat yang sibuk nak hurung muka,, tension dapat buah tomato yang kadang2 sangat kecil dan juga stress duduk terdampar di tengah panas terik matahari kadang tu sampai pukul 3.30petang. Mak wan bergerak secara konvoi 4 - 5 bijik keteta ke tempat kerja seawal jam 6.30pagi.

Mohon Allah permudahkan urusan mak wan dan pak din... aamiin




Ini pulak masa petik tomato buah besar-besar. Memang memenatkan dan agak sakit lutut sebab buah tomato jenis berlambak2 atas tanah. Terbongkok2 ada, gaya jalan itik pon ada time petik tomato bangsa yang besar ni..adeh..deh...




Mar 29, 2015

Petik Tomato

AsSalam.
Sehari selepas tiba di Rochester, mak wan dan pak din terus turun ladang. Bermulalah kisah kami sebagai pekerja ladang Tomato. Huh, ini betul-betul ni bukan main-main. Mak wan biasa buat gardening kat rumah tapi kat oz ni gardening-nya memang tahap luarbiasa. Kerja mak wan bermula awal pagi, pukul 6.30pagi dah bergerak secara konvoi ke tempat kerja. Masa baliknya tak tentu, bergantung pada buah... Kadang pukul 1.30 kadang pukul 2.30. Ada hari yang sampai 3.30.  Aduhh! Mak wan pun tak pernah terfikir selama ni mak wan akan kerje petik tomato macam yang sedang mak wan alami sekarang ni.... Moga Allah beri kekuatan buat mak wan dan pak din... Aamiin

Mar 28, 2015

Menuju ke Rochester

AsSalam.
Destinasi kami ialah Rochester. Jadi berangkatlah mak wan dan pak din ke sana dengan train. Tapi kena transit di Bendigo, kena ambik bas pula untuk nak sampai ke Rochester. Pemandangan sangat indah dan mengasyikkan sepanjang perjalanan dengan keatapi dan bas itu. Warna langit sangat luarbiasa cantiknya. Kaler birunya agak pekat berbanding kaler langit yang biasa di lihat di Malaysia... Subhanallah. Hamparan ladang2 OZ terbentang luas. Rumah2 penduduk tempatan semua kelihatan dalam lot bungalow, tak nampak rumah selain dari bungalow. Wow! Kaya2 la kiranya penduduk kat sini....he he




Mar 24, 2015

3 Hari 2 Malam di Melbourne

AsSalam.
Mak wan dan pak din tak terus pegi farm. Kami duk melbourne dulu selama 2malam. Pusing2 melbourne dengan tram percuma dan ronda2 berjalan kaki keliling bandar.


Tram yang khas untuk pusing melbourne ialah tram yang bernombor 35. Sangat antik tram kayu nombo 35 tu, samgat sesuai untuk bawak pelancong. Bila lalu kat satu2 tempat tu, akan ada ulasan sikit sebanyak cerita pasal tempat tu...terbaek!

Alhamdulillah puas jugak la round melbourne. Kami ambik peluang lepak2 sama deorang ramai2 kat Federation Square. Kalu tempat kita kira cam Dataran Merdeka la bih kurang.

Masa nak balik hotel dari Federation Square tu nampak banyak kereta kuda duk parking tepi jalan. Tak tau ada acara apa, jadi kitaorang tengok2 je la cuci mata
kereta2 kuda yang berhias cantik berderet kat tepi jalan.

Alhamdulillah mak wan lepas google2 akhirnya dapat locate kat mana kedai Asian Groceries yang jual barang-barang makan buatan Malaysia tu. Jadi tunggu apa lagi, kitaorang pun esoknya segera ke sana yang rupa2nya hanya 7minit ambik masa berjalan kaki dari hotel budget yang mak wan duduk. Banyak juga la yang mak wan dan pak din shopping kat kedai 'Tang Asian Groceries Shop' tu. Sampai terpaksa beli beg roda lagi satu untuk isi semua barang yang dibeli. Kalau tak beli camne gaya nak bawak naik train bagai. Sesungguhnya not in budget nak beli beg tu.... aduhaiii dahh over budget.

Mar 21, 2015

Selamat Tinggal Malaysia

Flashback....
Perasaan mak wan bercampur-baur saat nak tinggalkan Malaysia hari tu. Suka ada duka pun ada. Excited nak rasa pengalaman baru di negara orang tapi dalam masa yang sama rasa sedih bila teringat mak wan terpaksa meninggalkan anak-anak mak wan sendirian. Tentunya mak wan akan sentiasa rindukan mereka. Ya Allah peliharalah anak-anakku dalam pemeliharaanmu ya Allah...aamiin

Selamat tinggal Malaysia. Hujan emas di negara orang, walau hujan batu di negara sendiri rasanya pasti lebih baik di negara sendiri lagi... Namun apakan daya, mak wan dan pak din perlu mujahadah menempuh pengalaman baru...huuu
Semasa dalam kapalterbang mak wan dan pak din tak boleh tido sangat pun. Terlelap gitu2 je. Rasa cam lambat bebenor nak sampai. Penerbangan memakan masa kuranglebih 7jam.

Fikiran melayang2 memikirkan bagaimana keadaannya nanti. Apa2 pun mak wan berserah dan bertawakkal pada Allah. Moga Allah merahmati perjalanan kami suami isteri. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolongan Allah.
And Allah knows best.
Aamiin....


Berjaya Melepasi Imigresen Australia

Assalam.
Alhamdulillah hari ni mak wan ada peluang nak update blog yang dah lama senyap ni.  Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah yang telah menyampaikan mak wan ke bumi Australia sekarang ini.  Mak wan dan pakdin selamat sampai di negara benua selatan ini lebih kurang 2minggu lepas.  Ingat lagi saat mula2 sampai di airport Melbourne rasa bagai orang asing.  Para kastam Australia ada yang friendly tak kurang juga yang nampak agak bengkeng, serius je wajah. Kecut juga hati mak wan...he he.  Yalah, sebelum datang sini, banyak cerita yang mak wan dengar tentang cabaran nak lepas dari imegresen Australia. Ada yang kena hadapi sesi soal jawab dengan para kastam sampai dua jam. Dengarnya ada yang sampai kena sambung di soal siasat dalam bilik khas. Jenuh nak menjawab kalu kena tahan. Aduhh risau mak wan, tu yang duk mintak pada Allah jangan la makwan dan pakdin kena macam tu. Tapi alhamdulillah Allah bagi mudah... Mak wan dan pak din berjaya melepasi imigresen Australia dengan selamat. En  kastam dengan tersenyum mengucapkan 'Have a nice day' sambil menghulurkan balik passpot kami di kaunter pemeriksaan. Semua merai'kan mak wan dan pakdin sebagai pasangan veteren yang datang nak holiday... Alhamdulillah.

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh...