Skip to main content

3 Hari 2 Malam di Melbourne

AsSalam.
Mak wan dan pak din tak terus pegi farm. Kami duk melbourne dulu selama 2malam. Pusing2 melbourne dengan tram percuma dan ronda2 berjalan kaki keliling bandar.


Tram yang khas untuk pusing melbourne ialah tram yang bernombor 35. Sangat antik tram kayu nombo 35 tu, samgat sesuai untuk bawak pelancong. Bila lalu kat satu2 tempat tu, akan ada ulasan sikit sebanyak cerita pasal tempat tu...terbaek!

Alhamdulillah puas jugak la round melbourne. Kami ambik peluang lepak2 sama deorang ramai2 kat Federation Square. Kalu tempat kita kira cam Dataran Merdeka la bih kurang.

Masa nak balik hotel dari Federation Square tu nampak banyak kereta kuda duk parking tepi jalan. Tak tau ada acara apa, jadi kitaorang tengok2 je la cuci mata
kereta2 kuda yang berhias cantik berderet kat tepi jalan.

Alhamdulillah mak wan lepas google2 akhirnya dapat locate kat mana kedai Asian Groceries yang jual barang-barang makan buatan Malaysia tu. Jadi tunggu apa lagi, kitaorang pun esoknya segera ke sana yang rupa2nya hanya 7minit ambik masa berjalan kaki dari hotel budget yang mak wan duduk. Banyak juga la yang mak wan dan pak din shopping kat kedai 'Tang Asian Groceries Shop' tu. Sampai terpaksa beli beg roda lagi satu untuk isi semua barang yang dibeli. Kalau tak beli camne gaya nak bawak naik train bagai. Sesungguhnya not in budget nak beli beg tu.... aduhaiii dahh over budget.

Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu