Skip to main content

Berjaya Melepasi Imigresen Australia

Assalam.
Alhamdulillah hari ni mak wan ada peluang nak update blog yang dah lama senyap ni.  Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah yang telah menyampaikan mak wan ke bumi Australia sekarang ini.  Mak wan dan pakdin selamat sampai di negara benua selatan ini lebih kurang 2minggu lepas.  Ingat lagi saat mula2 sampai di airport Melbourne rasa bagai orang asing.  Para kastam Australia ada yang friendly tak kurang juga yang nampak agak bengkeng, serius je wajah. Kecut juga hati mak wan...he he.  Yalah, sebelum datang sini, banyak cerita yang mak wan dengar tentang cabaran nak lepas dari imegresen Australia. Ada yang kena hadapi sesi soal jawab dengan para kastam sampai dua jam. Dengarnya ada yang sampai kena sambung di soal siasat dalam bilik khas. Jenuh nak menjawab kalu kena tahan. Aduhh risau mak wan, tu yang duk mintak pada Allah jangan la makwan dan pakdin kena macam tu. Tapi alhamdulillah Allah bagi mudah... Mak wan dan pak din berjaya melepasi imigresen Australia dengan selamat. En  kastam dengan tersenyum mengucapkan 'Have a nice day' sambil menghulurkan balik passpot kami di kaunter pemeriksaan. Semua merai'kan mak wan dan pakdin sebagai pasangan veteren yang datang nak holiday... Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu