Skip to main content

Selamat Tinggal Malaysia

Flashback....
Perasaan mak wan bercampur-baur saat nak tinggalkan Malaysia hari tu. Suka ada duka pun ada. Excited nak rasa pengalaman baru di negara orang tapi dalam masa yang sama rasa sedih bila teringat mak wan terpaksa meninggalkan anak-anak mak wan sendirian. Tentunya mak wan akan sentiasa rindukan mereka. Ya Allah peliharalah anak-anakku dalam pemeliharaanmu ya Allah...aamiin

Selamat tinggal Malaysia. Hujan emas di negara orang, walau hujan batu di negara sendiri rasanya pasti lebih baik di negara sendiri lagi... Namun apakan daya, mak wan dan pak din perlu mujahadah menempuh pengalaman baru...huuu
Semasa dalam kapalterbang mak wan dan pak din tak boleh tido sangat pun. Terlelap gitu2 je. Rasa cam lambat bebenor nak sampai. Penerbangan memakan masa kuranglebih 7jam.

Fikiran melayang2 memikirkan bagaimana keadaannya nanti. Apa2 pun mak wan berserah dan bertawakkal pada Allah. Moga Allah merahmati perjalanan kami suami isteri. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolongan Allah.
And Allah knows best.
Aamiin....


Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu