Jul 31, 2017

Kueh Bakar di Perantauan

Assalamualaikum.

Ni makwan nak cerita sikit pasal kueh bakar yang tak jemu2 makwan buat masa kat Oz. Kueh bakar ni banyak permintaan..kejap Vincent dan Suki tanya, kejap Shahril tanya. Makwan bila ada yang tanya2 jadi tak sampai hati. Itu yang selalu la kiranya buat kueh yang satu ni.

Makwan buat banyak versi kueh bakar ni:
#bakar dalam oven
#bakar atas dapur gas
#masak dalam mikrowave
#bakar atas hot-plate

Ya lah..terpaksa gitu jadinya sebab makwan duduk pindah2 banyak tempat kann... Ada yang provide dapur gas, ada yang dapur letrik(hot plate). Mikrowave alhamdulillah, sume tempat ada tersedia. Ada yang sediakan oven tapi yang masak2 lauk kena pakai hot-plate.. Tapi makwan appreciate dan enjoy very much dengan semua kelengkapan yang mana2 ada tu. Asal boleh masak je..he he..bayangkan masak kueh bakar ni pakai mikrowave pon, jalannnπŸ˜€πŸ˜‰

Nak masak kueh bakar ni, makwan lepas dah tselesai bancuh2 bahan, tuang adunan kueh bakar tu dalam mana2 periuk kecik then bakar. Kalau guna mwave, kejadian kueh tetap cantik, cuma rasanya lagi sedap kalau bakar la..he he..

Lama2 lepas tu makin up la sikit sebab makwan bakar guna bekas aluminium yang beli kat pasaraya...he he... Bekas tu boleh dibasuh dan ulang2 pakai balik. Bagus sangat pakai bekas aluminium tu, amat praktikal.πŸ‘πŸ‘πŸ˜


Rasanya dah pernah citer resepi kueh bakar ni dulu. Takpe, ni makwan tulis balik ya. Bagi anak2 muda terutamanya yang masih di sana ie kerja ladang di Oz, ni makwan nak rekemen untuk cuba buat resepi simple kueh bakar makwan ni. InshaaAllah bila dah makan kueh ni nanti, akan terubat rindu nak makan kueh tempatan tanah-air kita...


Bahan-bahannya:
2 biji telor
1   1/2 cawan tepong gandum
1 cawan gula *kurangkan kalau tak suka manis*
2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
1/2  sudu kecil garam
1sudu kecil vanilla

Cara membuatnya:
Pukul kesemua bahan dalam satu mangkuk besar. Nak senang blend je semua bahan dalam pengisar jus. Dalam pada itu panaskan loyang/periuk yang telah disapu minyak/margerin.
Selepas ditapis, curah adunan ke dalam loyang/periuk, bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama sejam. Sedap dimakan setelah semalaman dibuat. Kalau tidak pun... boleh buat pagi, petang baru dipotong untuk dihidang.

*Kalau bakar atas gas stove/letrik stove, kena tutup dengan tudung periuk, masak dengan api yang kecil.

Alhamdulillah, sekian.

Jul 25, 2017

Tram 35 Melbourne City Tour

Selama seminggu makwan di Melbourne, nak ke mana2 senang naik tram je. Kalau within city circle naiknya percuma tapi kalu di luar kawasan yang dihadkan dah kena bayar. Jadi kami naik takat yang percuma saja. Sampai had dia, sambung jalan kaki.

Salah satu tram yang free nya ialah Tram nombor 35. Tram tu dikhaskan terutamanya untuk bawa pelancong2 pusing satu Melbourne. Bila naik tram ni, pemandu tram akan pasang suara recording yang akan sebut nama2 tempat atau kawasan yang tram sedang lalu. Kira macam dilayan sebagai pelancong la bila naik tram 35 tu..hik hik..






Bukan hanya ada satu tram je yang memakai nombor 35 ni. Ada banyak, namun penampilan tram2 berbeza. Warna dan corak gambar pada tram, lain lain. Cantik menarik je semua kaler...ya lah, nama pun lagi untuk pelancong kan..he he

So ingat ya, ni makwan nak pesan kot sapa2 yang nak ke Melbourne tu, jangan lupa ya ambik tram nombor 35 tu untuk Melbourne City TourπŸ‘πŸŒΈ

Wood Wood Yang Damai



Dalam banyak2 tempat, Wood Wood makwan rasa paling damai.Suasana kampung dan pendalaman menyuntik damai di hati. Ada banyak green, nama pun Wood Wood kannn...jadi banyak lah pokok...ada sungai lagi yang menambah seri..... indahnya ciptaan Illahi....Subhanallah..



......ladang2nya pula saujana mata memandang....luasnya bukan luas sikit2. Masa tengah kerja di ladang tak nampak benda lain, pusing kiri pusing kanan depan dan belakang tiada lain hanya pokok2 buah nutrien yang tinggal dahan dan ranting untuk dibuat pruning.


Time makwan kat sana, suhu sejuknya paling kritis, menggigil nak turun kerja tiap pagi. Sepanjang perjalanan ke ladang, tapak kasut menyusuri jalan yang rumput2nya dilitupi ais. Embun belum kering masa kami turun setiap pagi, jadi embun itu lah yang bertukar menjadi ais.












Jalan-jalan Cari Makan

Bila belek2 gambar masa di Oz, banyak pemandangan indah yang di-capture.
Jadi apa kata makwan pelan2 bila free masukkan gambar2 tu dalam blog, boleh sama2 kongsi renung dan fikir tentang bumi yang menjadi hamparan, langit yang menjadi teduhan....

Asal cuti je, maka berjalan lah kami...ronda-ronda...jalan-jalan cari makan.... destinasi kali ini ialah Bendigo










Jul 24, 2017

Oz Dalam Kenangan

Throwing back...


Assalamualaikum.


Alhamdulillah...menjengah balik blog yang dah lama tinggal. Bila masuk je sini, hati sering di usik sayu bila dengar lagu2 background yang menjadi latar blog makwan ni. Best lagu-lagu ni.. lagu dari cerita Korea Boys Over Flower.  Makwan ikut layan cerita ni dulu dengan anak2 perempuan makwan..hehe

Dah hampir dua tahun, bumi Oz kami tinggalkan. Sekarang ianya hanya ada dalam kotak ingatan. Makwan bila tengok gambar2 yang pergi sana dulu tu, terbayang balik satu persatu perkara yang terjadi. Terbayang rakan2 orang putih yang menjadi rakan makwan kat sana...termasuk lah Glad seorang warga emas yang menjadi penunggu setia kedai Senior Citizen. Glad yang sentiasa merah menyala lipstiknya, dengan rambutnya yang sentiasa dikemaskan di salon rambut, sering mempamerkan senyuman manis tiapkali kami bertemu. Orangnya sentiasa rajin melayan makwan dan pakdin bercakap ketika kami singgah ke sana. Ingat lagi, makwan ada beli cadar yang cantikkk sangat kat kedai tu. Cadar tu makwan bawa ke mana2 walau berpindah randah tiga empat tempat. Terkenang hari tu Glad dengan senang hati bagi special price kat makwan, cadar tu. Harga yang sangat2 berpatutan...hehe.. Thank you Glad, budimu dalam kenangan. Apa khabar agaknya beliau. Masa makwan kenal Glad hari tu, Glad berusia kira2 70 tahun. Moga masih sihat hendaknya....

Jauh di sudut hati makwan, teringin ke sana lagi....
Wallahu a'lam. Hanya Allah yang tahu masih ada peluang atau tidak makwan pegi sana.  Buat masa ini satu2nya tempat yang makwan dan pakdin harus dahulukan pergi dengan izin Allah ialah ke Mekah dan bumi Madinah...InshaaAllah. Pabila selesai ke sana baru lah makwan boleh pikir nak jenjalan ke tempat lain termasuklah bumi Oz yang sentiasa makwan terpahat ingatan.  Ada rezeki ada lah InshaaAllah.










Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh...