Skip to main content

Kueh Bakar di Perantauan

Assalamualaikum.

Ni makwan nak cerita sikit pasal kueh bakar yang tak jemu2 makwan buat masa kat Oz. Kueh bakar ni banyak permintaan..kejap Vincent dan Suki tanya, kejap Shahril tanya. Makwan bila ada yang tanya2 jadi tak sampai hati. Itu yang selalu la kiranya buat kueh yang satu ni.

Makwan buat banyak versi kueh bakar ni:
#bakar dalam oven
#bakar atas dapur gas
#masak dalam mikrowave
#bakar atas hot-plate

Ya lah..terpaksa gitu jadinya sebab makwan duduk pindah2 banyak tempat kann... Ada yang provide dapur gas, ada yang dapur letrik(hot plate). Mikrowave alhamdulillah, sume tempat ada tersedia. Ada yang sediakan oven tapi yang masak2 lauk kena pakai hot-plate.. Tapi makwan appreciate dan enjoy very much dengan semua kelengkapan yang mana2 ada tu. Asal boleh masak je..he he..bayangkan masak kueh bakar ni pakai mikrowave pon, jalannnπŸ˜€πŸ˜‰

Nak masak kueh bakar ni, makwan lepas dah tselesai bancuh2 bahan, tuang adunan kueh bakar tu dalam mana2 periuk kecik then bakar. Kalau guna mwave, kejadian kueh tetap cantik, cuma rasanya lagi sedap kalau bakar la..he he..

Lama2 lepas tu makin up la sikit sebab makwan bakar guna bekas aluminium yang beli kat pasaraya...he he... Bekas tu boleh dibasuh dan ulang2 pakai balik. Bagus sangat pakai bekas aluminium tu, amat praktikal.πŸ‘πŸ‘πŸ˜


Rasanya dah pernah citer resepi kueh bakar ni dulu. Takpe, ni makwan tulis balik ya. Bagi anak2 muda terutamanya yang masih di sana ie kerja ladang di Oz, ni makwan nak rekemen untuk cuba buat resepi simple kueh bakar makwan ni. InshaaAllah bila dah makan kueh ni nanti, akan terubat rindu nak makan kueh tempatan tanah-air kita...


Bahan-bahannya:
2 biji telor
1   1/2 cawan tepong gandum
1 cawan gula *kurangkan kalau tak suka manis*
2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
1/2  sudu kecil garam
1sudu kecil vanilla

Cara membuatnya:
Pukul kesemua bahan dalam satu mangkuk besar. Nak senang blend je semua bahan dalam pengisar jus. Dalam pada itu panaskan loyang/periuk yang telah disapu minyak/margerin.
Selepas ditapis, curah adunan ke dalam loyang/periuk, bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama sejam. Sedap dimakan setelah semalaman dibuat. Kalau tidak pun... boleh buat pagi, petang baru dipotong untuk dihidang.

*Kalau bakar atas gas stove/letrik stove, kena tutup dengan tudung periuk, masak dengan api yang kecil.

Alhamdulillah, sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu