Skip to main content

Oz Dalam Kenangan

Throwing back...


Assalamualaikum.


Alhamdulillah...menjengah balik blog yang dah lama tinggal. Bila masuk je sini, hati sering di usik sayu bila dengar lagu2 background yang menjadi latar blog makwan ni. Best lagu-lagu ni.. lagu dari cerita Korea Boys Over Flower.  Makwan ikut layan cerita ni dulu dengan anak2 perempuan makwan..hehe

Dah hampir dua tahun, bumi Oz kami tinggalkan. Sekarang ianya hanya ada dalam kotak ingatan. Makwan bila tengok gambar2 yang pergi sana dulu tu, terbayang balik satu persatu perkara yang terjadi. Terbayang rakan2 orang putih yang menjadi rakan makwan kat sana...termasuk lah Glad seorang warga emas yang menjadi penunggu setia kedai Senior Citizen. Glad yang sentiasa merah menyala lipstiknya, dengan rambutnya yang sentiasa dikemaskan di salon rambut, sering mempamerkan senyuman manis tiapkali kami bertemu. Orangnya sentiasa rajin melayan makwan dan pakdin bercakap ketika kami singgah ke sana. Ingat lagi, makwan ada beli cadar yang cantikkk sangat kat kedai tu. Cadar tu makwan bawa ke mana2 walau berpindah randah tiga empat tempat. Terkenang hari tu Glad dengan senang hati bagi special price kat makwan, cadar tu. Harga yang sangat2 berpatutan...hehe.. Thank you Glad, budimu dalam kenangan. Apa khabar agaknya beliau. Masa makwan kenal Glad hari tu, Glad berusia kira2 70 tahun. Moga masih sihat hendaknya....

Jauh di sudut hati makwan, teringin ke sana lagi....
Wallahu a'lam. Hanya Allah yang tahu masih ada peluang atau tidak makwan pegi sana.  Buat masa ini satu2nya tempat yang makwan dan pakdin harus dahulukan pergi dengan izin Allah ialah ke Mekah dan bumi Madinah...InshaaAllah. Pabila selesai ke sana baru lah makwan boleh pikir nak jenjalan ke tempat lain termasuklah bumi Oz yang sentiasa makwan terpahat ingatan.  Ada rezeki ada lah InshaaAllah.










Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu