Jul 25, 2017

Tram 35 Melbourne City Tour

Selama seminggu makwan di Melbourne, nak ke mana2 senang naik tram je. Kalau within city circle naiknya percuma tapi kalu di luar kawasan yang dihadkan dah kena bayar. Jadi kami naik takat yang percuma saja. Sampai had dia, sambung jalan kaki.

Salah satu tram yang free nya ialah Tram nombor 35. Tram tu dikhaskan terutamanya untuk bawa pelancong2 pusing satu Melbourne. Bila naik tram ni, pemandu tram akan pasang suara recording yang akan sebut nama2 tempat atau kawasan yang tram sedang lalu. Kira macam dilayan sebagai pelancong la bila naik tram 35 tu..hik hik..






Bukan hanya ada satu tram je yang memakai nombor 35 ni. Ada banyak, namun penampilan tram2 berbeza. Warna dan corak gambar pada tram, lain lain. Cantik menarik je semua kaler...ya lah, nama pun lagi untuk pelancong kan..he he

So ingat ya, ni makwan nak pesan kot sapa2 yang nak ke Melbourne tu, jangan lupa ya ambik tram nombor 35 tu untuk Melbourne City Tour👍🌸

No comments:

Post a Comment

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh...