Skip to main content

Posts

Buat Pruning di Wood Wood, Swanhill

AsSalam. Rasa dah agak lama kan makwan tak update blog. kalau tak,  blogging ni cam dah jadi sebahagian dari rutin makwan. sampaikan pakdin selalu usik makwan kata makwan ni blogger sepenuh masa...hihihi Makwan malas nak update tu, ada sebabnya. Makwan dan pakdin sejak pindah dari Rochee bukan setakat pindah sekali tapi dua tiga kali. Jadi ingat tunggu setel2 down dulu baru nak blogging. Hari tu lepas Rochee, macam yang makwan ada citer sebelum ni makwan hijrah ke Lake Boga (yang makwan rasa cam duk dalam mimpi ngeri tu). Memang la bersyukur sangat dapat tengok view yang indah kat sana dengan pemandangan tasik yang amat memukau, dapat tengok swan dan itik lagi berenang2 kat tasik, dapat perhatikan burung2 yang duk dalam kumpulan yang extra ramai dan yang paling nikmat sekali dapat makan ikan fresh yang Wan dan Ariq tangkap tiap hari. Alhamdulillah deorang tu minat memancing dan makwan rasa teruja bila dapat tau Emkay kata pancing yang ramai2 pakat guna tu rupanya pancing yang an...

Ujian Tanda Allah Sayang

AsSalam. Pagi2 lagi pak din share kata2 yang menjadi penawar di hati mak wan.." Kalau manusia sayang kita dia beri perhatian, kalau Allah sayang kita, Dia beri ujian" Mak wan dah tak keje selama 14hari. Festaim selama duk oz ni, terpaksa bercuti macam ni punya lama. Kalau kat Rochee hari tu, paling lama pun cuti 4 hari pastu kerja dalam dua tiga hari pastu cuti lagi dalam 3 hari. On and off la cuti. Tapi kat Lake Boga ni, cuti one whole stretch 2minggu...huhu Malam tadi Sobri yang kol kami dari melben pon agak terkejut bila dengar yang kami masih tak keje2 sejak datang sini. "abih, sewa macam mana?", tanya Sobri. "hah, macam tu lah, sewa motel kena bayar cam biasa...", jawab pak din. Mak wan mohon pada Allah agar dipermudahkan urusan kami, dilindungi dari perkara yang tidak baik. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kami melainkan dengan pertolongan Allah...aamiinn لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّه...

Motel Yang Penuh Misteri

AsSalam. Mak wan rasa cam ada misteri sikit motel tempat mak wan duduk sekarang ni. Bila pk2 balik ish agak menakutkan la sikit duk sini. Bukan apa, tempat dah la terpencil tengah2 lake boga ni, jauh dalam 200m jugak la dari kawasan caravan park dan kawasan rumah orang. Di waktu siang masih ok lagi la keadaannya tapi bila tiba malam hari...ish memang gelap gelita. Weyy...rasa macam sedang duk dalam citer hantu yang ada kat tv tu pulak...ish ish Owner motel pulak agak bermasalah orangnya. Dari hari pertama kami sampai lagi dah mula cari masalah. Walau kita dah bayar sewa, masih duk ulang2 ketuk pintu bilik nak brief itu ini. Dan dia asyik cari pasal. Duk citer pasal masalah je dan bagi dia semua orang lain macam salah je semua, dia je yang baik dan betul....adoii...pening kitaorang, dah la kerja belom2 start lagi. Walaupun kerja belum jalan, sewa motel tetap kena bayar. Ni ditambah lagi dengan dia yang duk bagi stress pada kami tiap hari. Mak wan sampai mengeluh, "kenapa la te...

Kami di LAKE BOGA, SWANHILL

AsSalam. Alhamdulillah mak wan dan pak din sekarang dah pindah ke Swanhill. Kami kat sini tak duduk caravan tapi duk motel. Motel terletak betul-betul depan tasik yang bernama Lake Boga. Alhamdulillah mak wan hepi sebab tiap pagi dapat lihat pemandangan tasik yang indah terus dari tingkap cermin bilik mak wan. Sesuatu yang berbeza kali ini. Kalau sebelum ini kami tinggal berhampiran pekan kat Rochester namun kali ini berdekatan tasik. Ada pro n kontra...biasa lah.. Mak wan kena ejas la sikit hobi mak wan. Kalau dulu kat rochester boleh kata hari-hari kami keluar jalan-jalan, kat Lake Boga ni dah tak boleh dah. Abih2 klua jalan pon kat lake je laa....huuu Kat Lake Boga ni nak jumpa kedai nak kena naik kereta. Ambil masa dalam 15minit perjalanan dengan kereta baru sampai Swanhill yang kat sana ada pasaraya Coles, WoolWorth, Aldi, kedai Asian dll. Berbeza kan dengan Rochester yang mak wan duduk sebelum ni. Tapi takpelah, mak wan redho jeh mana Allah letak. Pasti ada hikmah...

Jalan-jalan di Echuca

AsSalam. Mak wan time cuti banyak hari aritu ambik peluang pi Echuca. Jalan-jalan lagi kami. Baru dua hari sebelum tu pegi Bendigo....haha.. Takpe la kurang2 tak lah boring sangat mak wan dan pak din. Kalau tak tu asyik2 pegi librari je. Tak pun gi IGA iaitu satu2nya supermarket yang ada kat Rochester. Mak wan juga celah2 sama pegi Salvation Army dan juga Senior Citizen Opportunity shop. Naik segan dah mak wan dekat makcik2 yang jaga kedai tuh....haha...asyik2 kami je yang muncul...hihi... Tapi deorang okay je nampak. Dah jadi member dah pun mak wan ngan deorang.. :) Amboihh panjang pulak intro. Padahal nak citer pasal gi jalan-jalan di Echuca je. Okeh, camni.... Mak wan dan pak din pagi2 lagi bersiap nak ke stesen. Stesen bas dan stesen keatapi kat sini duk satu tempat. Senang, boleh naik mana2 je dengan harga tiket yang sama. Tapi kena ikut jadual dia lah. Jadi pagi tu kami naik bas jam 9.40 menuju destinasi -----> Echuca.

Kerja Kutip Sampah

AsSalam. Tajuk posting hari ini bunyinya agak lain macam sikit kan...yalah selalunya mak wan citer pasal kutip tomato. Tapi itu lah realitinya apa yang mak wan dan pak din kena buat dalam dua hari ini. Malam sebelumnya pak din ada kol Luis rakan sekerja kami. "apa cerita Luis, ada kerja kita besok? Pak din tanya macam tu sebab dah 3 hari kami semua kena cutiiii lagi!  "iya dengarnya kerja. Kerja kutip sampah kita nanti", jawab Luis. "hah, kutip sampah? Semua kena ke Luis?" tanya pak din lagi. "hah iya lah, kita ramai - ramai lah", balas Luis pada pertanyaan pak din. Adusss... Kerja apaan itu... Pak din dan mak wan rasa musykil dalam hati. Bila sampai waktunya tepat jam 6.30 kami konvoi ke sana dengan 4 biji kereta. Mak wan dan pak din dalam trip pertama. Yang second trip gerak pukul 7. Sampai2 di sana, apa yang kami nampak tanah kosong terbentang luas di depan mata.  Ladang tomato sudah di clearkan sepenuhnya oleh farmer. Pelbagai jenis tr...

Resepi Puding Jagung Mudah

AsSalam. Okeh, ni mak wan nak kongsi resepi camne nak buat puding jagung yang dah tiga empat kali mak wan ulang buat kat oz ni Resepinya amat mudah, jadi khusus buat para pekerja ladang di OZ, jom buat puding jagung yang mabeles ini...he he.... Bahan yang diperlukan: 1/2 cawan kastad 2/3 cawan gula Satu tin kecik santan (@ 3/4 cawan) 1  1/2 cawan air 1 tin jagung manis (yg sebijik2 bukan yg creamy) Secubit dua garam Cara: campo sume, kacau atas api sampai kental dan berkilat pastu tuang dalam bekas. Sejukkan. Senang kannn..... Selamat mencuba wassalam.