AsSalam.
Tajuk posting hari ini bunyinya agak lain macam sikit kan...yalah selalunya mak wan citer pasal kutip tomato.Tapi itu lah realitinya apa yang mak wan dan pak din kena buat dalam dua hari ini. Malam sebelumnya pak din ada kol Luis rakan sekerja kami. "apa cerita Luis, ada kerja kita besok? Pak din tanya macam tu sebab dah 3 hari kami semua kena cutiiii lagi!
"iya dengarnya kerja. Kerja kutip sampah kita nanti", jawab Luis. "hah, kutip sampah? Semua kena ke Luis?" tanya pak din lagi. "hah iya lah, kita ramai - ramai lah", balas Luis pada pertanyaan pak din.
Adusss... Kerja apaan itu... Pak din dan mak wan rasa musykil dalam hati.
Bila sampai waktunya tepat jam 6.30 kami konvoi ke sana dengan 4 biji kereta. Mak wan dan pak din dalam trip pertama. Yang second trip gerak pukul 7.
Sampai2 di sana, apa yang kami nampak tanah kosong terbentang luas di depan mata. Ladang tomato sudah di clearkan sepenuhnya oleh farmer. Pelbagai jenis traktor kelihatan di ladang yang saujana mata memandang. Nampak begitu canggih semuanya.
Kerja2 mengutip sampah pun bermula.... Sampah yang dimaksudkan ialah kayu, batu2 kecil, dawai, serpihan batang paip plastik dan juga cebis2 plastik hitam yang bersepah di sana sini...maka jenuh la kami semua terbongkok2 kutip.... huhu
No comments:
Post a Comment