Skip to main content

Musim Tomato Sudah Berakhir

AsSalam.
Semalam merupakan hari yang mak wan rasa mak wan last dapat petik tomato. Wallahu a'lam. Tapi timbul rasa macam tu sebab, rasa agak berdebar dalam hati bila pagi-pagi masa sampai farm tengok kurang lebih 30 row pokok-pokok tomato telah selamat ditebas buang. Farmer nampaknya dah nak clearkan ladang tomato tuh.

Time was running out, mak wan dan pak din teruskan kerja memetik tomato Cheri yang bulat comel. Buah kali ini agak besar. Jadi mak wan rasa bersemangat sikit nak petik semalam. Tapi tengah seronok petik tomato, tiba-tiba kedengaran laungan suara.."LAST BUCKET!!" Eyhh ngapa pulak eh? Mak Wan tertanya-tanya dalam hati sebab bila tengok time baru dekat pukul 12. Tak kan awal sangat kena berenti. Louis yang duduk tak jauh dari kami pun kata, "Eh ini macam tak betul saja.." Semua error jeh bila kena suruh berenti tuh. Why??
Tak lama kemudian, dua 'bucket boy' yang baik hati iaitu Roy dan Raymond datang bagitau sebabnya. Ouh...kami diberitau rupa-rupanya farmer yang suruh berhenti petik Tomato Cheri tu sebab katanya buah tomato banyak yang rosak, cam sakit terkena desease. Ouhh iya ke... maybe pokok kat row orang lain kot, yang mak wan tengah petik tu rasa cam okay je. Buah besar dan sihat. Tapi tak boleh buat apa ah, bak kata lagu yang kami dengar dalam kereta girlfriend Jack otw ke farm pagi tu, "i dont want to go to school, i just want to break the rules"  tapi mak wan tukar la eh jadi, "i just want to pick tomato, i dont want to break the rules"...ha ha ha
So ikut je lah kan. Tapi bucket yang last tu alhamdulillah pakat2 tolong dipenuhkan sama oleh dua anak muda yang ceria iaitu Shimie dan Uti.. hehe,,tenkiu tenkiu tolong makcik...:)

Kami lepas tu kena beralih petik Tomato Roma pulak.  Adoii... Roma nih mak wan tak berapa gemar sikit nak petik. Rasa lambat bebenar nak penuhkan satu2 bucket tu kalau petik Roma. Buah dia sebiji macam belimbing buluh. Bentuknya macam buah betik gitu. Antara Roma dan Cheri, lebih manis rasa yang Cheri. Roma agak masam sikit. Tapi last kopek, petik jugak lah nak tak nak. Tapi abis je sebaket, mak wan dah bersiap sedia nak berhenti. Enough lah ek. Buahnya jarang-jarang, udah la saiz sangat kecil.... aduhaii.... Nak penuhkan bucket tu pun, alhamdulillah selamat penuh dengan bantuan rakan sekerja, Jason... hehe.. Timakasih banyak la eh jason, tolong.. budimu dikenang.
Kemungkinan besar musim tomato sudah berakhir setelah apa yang mak wan lalui semalam. Tak tahu lah lepas ni dapat petik apa. Sayur barangkali. Dengar ceritanya macam-macam tapi satu pun belum confirm lagi. Wallahu a'lam. Apa2 pon rezeki dari Allah. Mak Wan percaya dan yakin Allah dah susun rancangan yang terbaik buat kami... aamiinnn.
Subhanallah Walhamdulillah Wa La ila ha illallah Wallah hu Akbar...

Bye Tomato.....huuuu





Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu