Skip to main content

Jalan-jalan di Bendigo


AsSalam.
Hari ni cuti lagi. Ada la sebab-musababnya maka cuti lagi lah kami. Sesungguhnya kerja kami ini unpredictable. Tak boleh nak agak. Kalau dulu semalam dapat petik buah bila cuaca ok, hari ini kalau hari hujan, dah tak dapat pegi farm sebab tanah sangat basah dan lembik. Kereta pun tak dapat masuk ke farm dek jalan licin dan berselut. Kerja2 petik buah pun akan kurang efisyen bila tanah lembik, asyik melekat di kasut. Jadi bercutilah kami...

Nak cerita pasal cuti yang minggu lepas sebenarnya ni..he he.. Kami telah dikerah bercuti selama 4hari. Pon ada lah tu beberapa sebab musababnya. Takpe lah, kami suami isteri okeh je. Walau apa pun alasannya, terima je lah. Macam yang pak din selalu kata...life is about choices. We can choose to be happy in our stay ataupon kita boleh pilih untuk rasa sebaliknya. Jadi just stop grumbling. Usah terus bersungut. Kita berhak untuk merasa gembira. So lets be happy... :)

Mak wan dan pakdin keluar ke Bendigo pada cuti hari yang ke empat. Kami pegi naik bas, balik dengan train. Pagi2 tu saing pegi stesen bas tumpang kereta rakan sekerja kami, Louis. Sapuan dan zulhilmi pon sama2 nak ke Bendigo rupanya pagi tu. Alhamdulillah, kami berlima selamat menaiki coach jam 9.20pagi.

Perjalanan memakan masa selama satu jam. Sampai di sana, semua berpecah ikut hala masing2. Mak wan dan pak din have a sweet time ronda2 keliling town dengan tram dan berjalan kaki. Boleh tahan penat...aduhai.. Bila ingat pasal penat, rasa lebih convenience pegi Echuca, bandar yang lebih kecil dari Bendigo. Walau apa pon, orite jugak le Bendigo. Banyak gak perkara menarik yang ada di Bendigo. Ada peluang di lain kali InsyaAllah kami akan datang lagi....c u again Bendigo...InshaaAllah





Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu