Skip to main content

Pekan Rochester

Alhamdulillah, dah masuk sebulan mak wan dan pak din duk kat oz ni. Tempat tinggal setakat ini masih di Rochester, satu pekan kecil yang penduduknya terdiri dari ramai orang2 tua/warga emas/senior citizens. Jarang nampak locals dari kalangan muda. Orang2 muda mungkin tak brapa nak duduk kat pekan kecil ni. Tempat ni macam tempat tinggal untuk orang2 yang dah pencen gitu...he he

Yang jaga library pun seorang makcik. Begitu juga dengan yang jaga kedai Senior Citizen dan Salvation Army, pon makcik-makcik yang jaga.

Mak wan dan pak din duduk dalam caravan. Alhamdulillah boleh tahan selesa walaupun caravannya takde la besar mana. Tapi kira ok la buat kami suami isteri. Toiletnya kat luar, begitu juga dengan bilik laundry. Sekali basuh kain mak wan kena ada syiling sebanyak 5dollar, $4 untuk cuci baju $1 untuk mesin pengering. Kadang untuk jimat, mak wan basuh sendiri baju2 yang ringan. Jadi estimate basuh kain pakai mesin seminggu sekali je.

Untuk hilangkan bosan, sesekali pak din ajak mak wan pegi library. Sangat selesa duduk dalam library sambil2 melayari internet. Wifi library sangat laju.

Lepas keluar dari library, kami selalunya singgah di supermarket berhampiran. Cari apa2 yang patut cam roti, telor dll.

Kami juga suka ronda2 ke kedai Salvation Army. Kedai ni ada menjual baju2 dan barang2 terpakai dengan harga yang murah. Baju2 nya masih sangat elok. Kebanyakannya nampak macam yang baru, bukan macam baju2 yang biasa kita lihat di kedai2 bundle...
he he

Satu lagi tempat yang menjadi tempat persinggahan faveret kitaorang dalam sesi ronda2 ini ialah kedai Senior Citizens, juga kedai menjual baju serta barangan terpakai. Alhamdulillah dah la harga yang ditawarkan murah, negotiable lagi...ish ish

Kesimpulannya, mak wan dan pak din alhamdulillah setakat ni agak seronok la duduk kat Rochester ni. Mohon agar Allah berkati kehidupan mak wan dan pak din di sini serta moga anak2 kami di Malaysia juga dalam pemeliharaan-Allah Taala... aamiin.



Comments

Popular posts from this blog

Menu di LAKE BOGA

Alhamdulillah makwan jadi terlebih rajin masak2 semasa di Lake BOGA. Mungkin sebab time tu tak bekerja. Alhamdulillah waktu dua minggu terluang di Lake Boga makwan cuba manfaatkan sebaik mungkin. Ada waktu free tu, makwan masok dapur la..ada hari buat karipap, ada hari buat kueh bakar... Masak nasi tu buat lauk antaranya gulai ayam, pajeri nenas, goreng daging dan goreng ikan fresh yang deorang pancing kat Lake Boga. Rasa ikan sangat sedap, fresh kannn... Ayam halal beli kat Coles, daging kambing dan daging lembu halal beli kat kedai Asian Food di pekan Swanhill.    

Kedai Asian Food di Swanhill

Semasa di Lake Boga  makwan dan pakdin pergi ke Kedai Asian Food di Swanhill kalau nak beli daging lembu dan daging kambing halal . Boleh kata semua barang makan yang kita perlukan ada di kedai Asian Food ni. Rempah kari ayam dan kari ikan Babas, cili kering, megi kari megi ayam...roti tempayan roti prata....pendek kata banyak gak la barang dari Malaysia ada jual situ. Maknanya takde la kita nanti duk termenung kat sana tak dapat masak gulai sebab takde rempah...hehe.. Ni pemandangan sekitar kedai Asian Food di Swanhill. Depan dia ada macam park la boleh duduk2 rehat2. Dan gambar2 seterusnya memperlihatkan suasana pekan Swanhill. Makwan dan pakdin agak kerap jugak la datang Swanhill sebab walaupun selepas pindah ke Wood Wood dari Lake Boga, kami tetap kena pergi beli barang2 makan di Swanhill. Dari Wood Wood, makwan dan pakdin ada beberapa kali adventure pergi sendiri ke Swanhill naik bas. Tunggu bas depan kedai Steve dalam sejuk2 winter. As...

Pemandangan Indah di Lake Boga

Assalamualaikum. Makwan suka pantai. Makwan selalu suka tengok laut. Duduk rehat2 di pantai sambil tengok sunset mengundang damai yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Jadi bila di suatu masa makwan Allah hantar ke satu tempat yang indah pemandangan tasiknya, Subhanallah...makwan begitu teruja. Sangat indah view Lake Boga. Alhamdulillah..terimakasih Allah...syukur dengan nikmat-Mu