Dua hari berturut-turut mak wan agak rajin di dapur. Cook in my small kitchen. Caravan mak wan takde la besar sangat. Tapi mak wan rasa seronok duduk dalam caravan ni. Pengalaman dapat duduk dalam caravan, bukan senang nak dapat. Jadi alhamdulillah mak wan dah syukur sangat Allah bagi mak wan rumah yang begitu selesa walaupun kecil kat OZ ni..:)
Caravan mak wan split 3 bahagian iaitu dapur, sofa beserta meja makan dan seterusmya tempat tidur yang di antaranya di pisahkan dengan satu sliding door. Sliding door ini sangat berguna bila tiba malam hari. Kena tutup rapat slidimg door supaya kepanasan dari alat pemanas(heater) tak lari jauh. Hanya terkumpul dalam bilik je, tidak sampai untuk cover seluruh ruang dalam caravan. Jadi tidak lah menggigil kesejukan kami kerana bahang kepanasan dari heater alhamdulillah memadai.
Okeh, berbalik pada acara masak2 mak wan selama dua hari cuti ini, hari mula-mula tu mak wan masak spagetti, bihun goreng dan kueh bengkang.
Mak wan jadi terajin pulak masak lebih sikit sebab untuk kasi kontraktor aka bos kami di ladang. Pastu mak wan buat untuk balas pinggan anip dan zubir yang minggu lepas ada kasi kami nasik ayam. Selebihnya mak wan hulur kat zeti serta fatin suami isteri. Kat jiran orang puteh mak wan kat caravan sebelah, mak wan kasi kueh bengkang je untuk nak bagi deorang rasa Malaysian dessert..
Okeh, hari ini pulak... Sekali lagi mak wan jadi rajin ke dapur kecik mak wan ni...buat gulai ayam, kueh bengkang dan puding jagung. Sebab apa tu? Sebab mak wan buat khusus untuk nak kasi jiran caravan mak wan yang asal dari New Zealand tu. Deorang suka sangat kueh bengkang yang mak wan kasi semalam. Bila dengar camtu, mak wan terus mintak pak din tolong salin resepi kueh bengkang untuk Mary. Selama sebulan berjiran dengan Mary dan Dave, alhamdulillah mak wan dapat rasakan ada telepati antara kami. Agak baik la deorang, sentiasa senyum2 dan sapa menyapa tiap kali terserempak di luar caravan. Namun, deorang dah nak pindah dah esok...alahaiii.. Itu yang mak wan masak2 sikit ni, nak kasi deorang buat kenang-kenangan kami berjiran... huhu...gud bye Mary..nice knowing u...
No comments:
Post a Comment