Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Kerja Kutip Sampah

AsSalam. Tajuk posting hari ini bunyinya agak lain macam sikit kan...yalah selalunya mak wan citer pasal kutip tomato. Tapi itu lah realitinya apa yang mak wan dan pak din kena buat dalam dua hari ini. Malam sebelumnya pak din ada kol Luis rakan sekerja kami. "apa cerita Luis, ada kerja kita besok? Pak din tanya macam tu sebab dah 3 hari kami semua kena cutiiii lagi!  "iya dengarnya kerja. Kerja kutip sampah kita nanti", jawab Luis. "hah, kutip sampah? Semua kena ke Luis?" tanya pak din lagi. "hah iya lah, kita ramai - ramai lah", balas Luis pada pertanyaan pak din. Adusss... Kerja apaan itu... Pak din dan mak wan rasa musykil dalam hati. Bila sampai waktunya tepat jam 6.30 kami konvoi ke sana dengan 4 biji kereta. Mak wan dan pak din dalam trip pertama. Yang second trip gerak pukul 7. Sampai2 di sana, apa yang kami nampak tanah kosong terbentang luas di depan mata.  Ladang tomato sudah di clearkan sepenuhnya oleh farmer. Pelbagai jenis tr...

Resepi Puding Jagung Mudah

AsSalam. Okeh, ni mak wan nak kongsi resepi camne nak buat puding jagung yang dah tiga empat kali mak wan ulang buat kat oz ni Resepinya amat mudah, jadi khusus buat para pekerja ladang di OZ, jom buat puding jagung yang mabeles ini...he he.... Bahan yang diperlukan: 1/2 cawan kastad 2/3 cawan gula Satu tin kecik santan (@ 3/4 cawan) 1  1/2 cawan air 1 tin jagung manis (yg sebijik2 bukan yg creamy) Secubit dua garam Cara: campo sume, kacau atas api sampai kental dan berkilat pastu tuang dalam bekas. Sejukkan. Senang kannn..... Selamat mencuba wassalam.

Musim Tomato Sudah Berakhir

AsSalam. Semalam merupakan hari yang mak wan rasa mak wan last dapat petik tomato. Wallahu a'lam. Tapi timbul rasa macam tu sebab, rasa agak berdebar dalam hati bila pagi-pagi masa sampai farm tengok kurang lebih 30 row pokok-pokok tomato telah selamat ditebas buang. Farmer nampaknya dah nak clearkan ladang tomato tuh. Time was running out, mak wan dan pak din teruskan kerja memetik tomato Cheri yang bulat comel. Buah kali ini agak besar. Jadi mak wan rasa bersemangat sikit nak petik semalam. Tapi tengah seronok petik tomato, tiba-tiba kedengaran laungan suara.. "LAST BUCKET!!" Eyhh ngapa pulak eh? Mak Wan tertanya-tanya dalam hati sebab bila tengok time baru dekat pukul 12. Tak kan awal sangat kena berenti. Louis yang duduk tak jauh dari kami pun kata, "Eh ini macam tak betul saja.." Semua error jeh bila kena suruh berenti tuh. Why?? Tak lama kemudian, dua 'bucket boy' yang baik hati iaitu Roy dan Raymond datang bagitau sebabnya. Ouh...kami di...

Jalan-jalan di Bendigo

AsSalam. Hari ni cuti lagi. Ada la sebab-musababnya maka cuti lagi lah kami. Sesungguhnya kerja kami ini unpredictable. Tak boleh nak agak. Kalau dulu semalam dapat petik buah bila cuaca ok, hari ini kalau hari hujan, dah tak dapat pegi farm sebab tanah sangat basah dan lembik. Kereta pun tak dapat masuk ke farm dek jalan licin dan berselut. Kerja2 petik buah pun akan kurang efisyen bila tanah lembik, asyik melekat di kasut. Jadi bercutilah kami... Nak cerita pasal cuti yang minggu lepas sebenarnya ni..he he.. Kami telah dikerah bercuti selama 4hari. Pon ada lah tu beberapa sebab musababnya. Takpe lah, kami suami isteri okeh je. Walau apa pun alasannya, terima je lah. Macam yang pak din selalu kata...life is about choices. We can choose to be happy in our stay ataupon kita boleh pilih untuk rasa sebaliknya. Jadi just stop grumbling. Usah terus bersungut. Kita berhak untuk merasa gembira. So lets be happy... :) Mak wan dan pakdin keluar ke Bendigo pada cuti hari yang ke empat. Ka...

Masak-masak di OZ

AsSalam. Dua hari berturut-turut mak wan agak rajin di dapur. Cook in my small kitchen. Caravan mak wan takde la besar mana. Tapi mak wan rasa seronok duduk dalam caravan ni. Pengalaman dapat duduk dalam caravan, bukan senang nak dapat. Jadi alhamdulillah mak wan dah syukur sangat Allah bagi mak wan rumah yang begitu selesa walaupun kecil kat OZ ni..:) Caravan mak wan split 3 bahagian iaitu dapur, sofa beserta meja makan dan seterusmya tempat tidur yang di antaranya di pisahkan dengan satu sliding door. Sliding door ini sangat berguna bila tiba malam hari. Kena tutup rapat slidimg door supaya kepanasan dari alat pemanas(heater) tak lari jauh. Hanya terkumpul dalam bilik je, tidak sampai untuk cover seluruh ruang dalam caravan. Jadi tidak lah menggigil kesejukan kami kerana bahang kepanasan dari heater alhamdulillah memadai. Ohh panjang lebar pulak pi citer pasal keadaan dalam caravan...ha ha Okeh, berbalik pada acara masak2 mak wan selama dua hari cuti ini, hari mula-mula tu ...

Its a rainy day at Rochester

Flashback.... Hari ni hujan. sejak malam tadi lagi hujan sebenarnya. mak wan duk tunggu2 jugak kot2 ada incoming kol gitau hari ni tak kerja.,tapi sume senyap je...jadual on macam biasa. jadi pergi la kitaorang ke farm,seawal jam 6pagi. mak wan ada firasat, hari ni akan kerja sekejap je,pastu balik. hah, memang tepat apa yang mak wan duk pikir tuh.,tak sampai sejam petik buah semua dah kena suruh balik. hujan turun berterusan walaupun takde la lebat...rintik-rintik je. Mak wan balik dulu ke caravan tak tunggu pak din sebab masa mak wan nak tinggal tadi tengok pak din duk tengah cuba penuhkan bucket kedua. jadi mak wan balik lah dulu. mak wan hari ni dapat satu bucket je. ish ish... kira macam gi melawat ladang je lah pagi ni... gi jalan- jalan... adoiiii.. Sampai caravan mak wan buat roti telor. laparnya rasa sejuk2 camni. pastu mak wan makan doritos cicah dengan jem. alhamdulillah kenyang.

Public Library di Rochester

AsSalam. Hari ni mak wan cuti. Dah dua hari cuti sebab takde buah. Kerja2 petik tomato dah hampir sampai ke penghujung nampaknya. Ada masa kena break sebab buah dah makin kurang...huhu Kalau tiada apa hal, bila cuti mak wan dan pak din suka pegi library. Tadi semak2 timetable library hari ni bukak 9.30 - 11.30. After 11.30, the computer will automatically left us out. Jadi kami ada hanya dua jam boleh spend masa update blog InsyaAllah. Masa berharga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di library. Library kat Rochester ni boleh tahan best. Tidak lah besar mana ruangnya tapi sangat selesa. Dianne yang bertugas di kaunter depan agak ramah orangnya. Jadi tiap kali datang, kami rasa bagai di alu-alukan...hehe Kalau datang library biasanya mak wan dan pak din akan make use wifi library yang boleh tahan laju. Kalau ada kosong, pak din cepat2 ambik peluang pakai computer library yang berskrin x-large. Mak wan suka ambik wifi untuk mobile jeh, pastu cari seat yang agak privacy pastu dah...

Pekan Rochester

Alhamdulillah, dah masuk sebulan mak wan dan pak din duk kat oz ni. Tempat tinggal setakat ini masih di Rochester, satu pekan kecil yang penduduknya terdiri dari ramai orang2 tua/warga emas/senior citizens. Jarang nampak locals dari kalangan muda. Orang2 muda mungkin tak brapa nak duduk kat pekan kecil ni. Tempat ni macam tempat tinggal untuk orang2 yang dah pencen gitu...he he Yang jaga library pun seorang makcik. Begitu juga dengan yang jaga kedai Senior Citizen dan Salvation Army, pon makcik-makcik yang jaga. Mak wan dan pak din duduk dalam caravan. Alhamdulillah boleh tahan selesa walaupun caravannya takde la besar mana. Tapi kira ok la buat kami suami isteri. Toiletnya kat luar, begitu juga dengan bilik laundry. Sekali basuh kain mak wan kena ada syiling sebanyak 5dollar, $4 untuk cuci baju $1 untuk mesin pengering. Kadang untuk jimat, mak wan basuh sendiri baju2 yang ringan. Jadi estimate basuh kain pakai mesin seminggu sekali je. Untuk hilangkan bosan, sesekali pak din a...